Siakap Keli
(BRIEF CAPTION) Activist Marina Mahathir delivering her speech during the Pakatan Harapan mega ceramah at Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi in Butterworth, Penang. Pic by: ZHAFARAN NASIB/The Star/ 28 April 2018

Filem ‘Mahathir, The Journey’ Tak Pernah Dapat Pengesahan Keluarga – Marina

Baru-baru ini satu sidang media dan pelancaran diadakan bagi mengumumkan mengenai penerbitan sebuah filem biopik Tun Dr Mahathir iaitu Mahathir, The Journey  yang akan memulakan pengambaran pada bulan Disember akan datang.

Kredit Foto: Mehbaca.com

Sidang media itu juga diadakan bagi memperkenalkan pelakon-pelakon yang akan melakonkan watak masing-masing termasuk watak Tun Dr Mahathir yang akan dilakonkan oleh Azhar Amir, Dr Siti Hasmah oleh Fauziah Latiff dan Marina Mahathir oleh Ning Baizura.

Disebalik keterujaan penerbit dan para pelakon untuk menjayakan filem ini, Marina Mahathir menerusi ciapan di Twitter miliknya mengatakan bahawa filem itu sebagai memalukan dan penerbitannya tidak pernah mendapat sebarang pengesahan daripada keluarganya serta hanya tahu kewujudan wataknya dalam filem berkenaan melalui media.

Sementara itu, Penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd, Yusuf Kelana, menegaskan bahawa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan projek filem biopik tersebut tetap akan diteruskan walaupun tidak mendapat persetujuan daripada mana-mana watak terlibat.

Pihaknya juga akan menghantar surat rasmi kepada semua watak yang terlibat dalam masa yang terdekat.

Beliau juga berkata projek filem itu sudah dimulakan sejak tujuh bulan yang lalu dan skrip filem itu perlu melalui proses rombakan sebanyak 12 kali sebelum mendapat kelulusan 100 peratus daripada PMO.

Ning Baizura juga dikatakan telah menghubungi pembantu Marina selepas pelancaran filem tersebut.

Filem itu diarahkan oleh Professor Mohamad Hatta Azad Khan yang mengisahkan mengenai kehidupan Dr Mahathir selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 sehingga dilantik semula pada tahun 2016. Filem ini menelan kos sebanyak RM6 juta.

Antara barisan pelakon lain yang akan menjayakan filem ini ialah Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee ( Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamrudin ( Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).

Sumber: Sinar Harian 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra