Siakap Keli

Gagal Bayar Kompaun, Perokok Boleh Didenda Jika Merokok Di Premis Makanan Bermula 1 Januari 2020

Bermula 1 Januari 2020 undang-undang larangan merokok akan dikuatkuasakan  kepada semua perokok di semua premis makanan. Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan kepada umum. Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan.

Malah, dari jumlah tersebut sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok. Manakala, sebanyak 3,889 notis telah dikeluarkan bagi mereka yang merokok di kawasan kedai makan. Selain itu, terdapat 23,805 aduan telah diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019.

Gagal patuh larangan itu, pelaku akan dikenakan kompaun dan jika gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan, perokok boleh didakwa dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

Sumber: Awani

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)