Siakap Keli

Hotel Paling Murah Murah Di Jepun, Hanya RM4.97 Satu Malam, Tapi Perlu Setuju 1 Syarat

Anda pasti terkejut kerana masih terdapat hotel di Jepun yang menawarkan harga murah pada zaman sekarang ni iaitu 130 yen (RM 4.97) untuk satu malam.

Situasi ini memang pelik dan sukar untuk dipercayai, tapi anda perlu memenuhi satu syarat yang telah ditetapkan oleh hotel ini iaitu  pihak hotel merakam aksi anda dalam bilik tersebut.

Selain itu, anda juga perlu membenarkan pihak hotel membuat liputan secara langsung di Youtube. Jadi pengguna Youtube dapat melihat apa yang anda lakukan dalam bilik tersebut.

 

Keadaan bilik itu sangat baik dan ia kelihatan seperti guestroom yang normal di mana-mana hotel yang lain.

Pemilik hotel bertindak untuk menawarkan bilik  murah adalah kerana bilik itu jarang disewa. Disebabkan ingin mengelak daripada kerugian dia bertindak ingin menyewa bilik tersebut dengan kadar harga yang sanagt murah dan tidak masuk akal.

 

Sumber : Soranews24

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)