Siakap Keli
Foto: JPJ Malaysia

JPJ Sahkan Notis Tak Pakai ‘Seluar Dalam’ Kena Bayar Kompaun RM600 Adalah Palsu

Satu kiriman daripada media sosial yang tular hari ini mengenai kompaun kepada individu yang tidak memakai seluar dalam tidak benar sama sekali.

Hari ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan satu kiriman di laman Facebook untuk menjelaskan perkara yang sebenar tentang isu yang tular tersebut.

Susulan penularan posting berkaitan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG 1) dalam Facebook “INFO Kemalangan 1 Malaysia” pada 12 November 2019.

JPJ Negeri Sembilan menegaskan bahawa kandungan pada notis berkenaan adalah TIDAK BENAR dan telah diubahsuai daripada kandungan asal.

Foto: JPJ Malaysia

Notis PG 1 adalah merupakan notis yang digunakan bagi kesalahan- kesalahan berkaitan teknikal kenderaan sahaja, bukannya berkaitan dengan tata kelakuan pemandu seperti mana yang telah diubah pada notis berkenaan.

Laporan polis akan dibuat bagi menjaga nama baik JPJ daripada perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran gambar dan kenyataan tidak benar mengenai perkara itu.

JPJ menasihatkan agar orang ramai tidak mudah mempercayai penyebaran berita palsu seperti ini sebelum merujuk kepada Jabatan ini.

Sumber: JPJ Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)