Siakap Keli

Kematian Tragis ‘Penjaga Hutan Amazon’ Ditangan Pembalak Haram

Paulo Paulino Guajajara, seorang pemuda dari komuniti puak pribumi di Amazon Brazil telah dilaporkan meninggal dunia setelah ditembak mati oleh pembalak haram. Kematiannya dianggap sebagai pengakhiran pahlawan alam sekitar yang ingin menyelamatkan Amazon dari pencerobohan seperti pembalakan haram.

Dia yang juga dikenali dengan panggilan Lobo (serigala dalam bahasa Portugis) telah diserang dan ditembak di kepala ketika berburu pada awal bulan ini. Ketika itu, dia berada di kawasan yang dilindungi milik sebuah kumpulan pribumi, Arariboia, di negeri Maranhao. Pembunuhan ini menunjukkan kekerasan yang semakin kerap berlaku terhadap orang-orang yang cuba untuk melindungi Amazon.

Siapa Paulo Paulino Guajajara ?

Lelaki ini yang meninggal dunia pada usia 30-an adalah pemimpin suku Guajajara dan mempunyai anak lelaki. Guajajara merupakan salah satu kumpulan puak terbesar di BrazilĀ  yang terdiri daripada kira-kira 20 ribu orang. Mereka juga telah membentuk Guardian of The Forest pada tahun 2012 untuk melindungi wilayah pribumi Arariboia.

Paulo Paulino pernah memberitahu media tempatan bahawa walaupun mereka berada dalam keadaan yang takut, tapi ianya tidak menjadi penghalang untuk membanteras kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan hutan..

Saya takut beberapa kali, tetapi kita perlu melihat dan berdiri, kita berdiri di sini adalah untuk bertarung.

Kita mesti melindunginya untuk masa depan anak-anak dan cucu-cucu.

Gambar: Greenpeace USA

Ketika serangan itu, seorang lagi, Tainaky Tenetehar dikhabarkan telah tercedera dalam serangan itu. Ketua kepada Guajajara itu dipercayai telah ditembak di bahagian kepala.

Sumber: BBC Indonesia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra