Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lelaki Didakwa Penggal & Bimbit Kepala Isteri Ke Balai, Dipercayai Tak Puas Hati Isteri Suruh Berhenti Mabuk

Seorang lelaki didakwa memenggal kepala isterinya kerana cuba untuk menghentikan dirinya daripada mengambil minuman beralkohol.

Dia kemudiannya membawa kepala isterinya ke balai polis Hari Parbat di Agra.

Suspek yang bekerja sebagai pembaiki TV, telah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun bersama mangsa dan mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Menurut laporan, suspek telah mengambil minuman beralkohol di rumahnya dan cuba ditegah oleh isterinya ketika itu.

Dia berasa sangat marah telah memotong kepala isterinya dengan menggunakan objek tajam.

Dia kemudiannya mengherat dan mengunci mayat isterinya di dalam sebuah bilik.

Pada keesokan harinya, anak-anak Shanti mencari keberadaan ibunya dan menjumpai sebujur mayat tanpa kepala di dalam sebuah bilik.

Hal ini segera dimaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan kemudiannya laporan polis telah dibuat.

Ketika polis sedang berusaha memburu suspek, dia tampil ke balai polis sambil menjinjing kepala isterinya yang telah dipenggal itu.

Lelaki berkenaan telah ditahan dan disoal siasat mengenai kejadian itu.

Namun, dia telah menafikan bahawa dia telah mengambil minuman beralkohol dan menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Polis turut menyatakan bahawa suspek cuba untuk membersihkan darah pada lantai dan alatan yang digunakan ketika pasukan forensik sampai untuk melakukan siasatan.

Sumber: dailyhunt

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.