Siakap Keli
Kredit: Twitter Muiz Maembong

Nak ‘Ikut’ Tuan Pergi Kerja, Anak Kucing Nyaris Mati Menyorok Dalam Bonet Depan Kereta

Comel, nakal dan gebu. Kadangkala haiwan kesayangan ramai ini sering bertindak di luar jangkaan. Daripada meloloskan diri keluar di celah pintu kaca hinggalah menyorok di dalam bonet kereta, tindakan si manja ini sering mendapat perhatian pencinta haiwan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Muiz Maembong berkongsi dua keping gambar anak kucing miliknya yang bersembunyi di dalam bonet hadapan kereta.

“Nasib tak mati budak ni,” katanya. Nakal betul.

Perkongsian Muiz mendapat reaksi daripada pengguna lain yang terhibur dengan gelagat si comel itu, malah ada antara mereka yang turut mengalami situasi serupa – tapi kali ini di dalam seat motosikal. Macam manalah kucing ini masuk ya.

“Aku pelik mana datang suara kucing kat jalan, sekali aku nak turun dari motor, aku buka seat rupanya dia duduk dalam. Nasib la kau pandai sorok kalau tak menangis aku,” kongsi Shahrul bersama gambar kucing miliknya.

Nasib cek dulu

Panjang akal betul.

Sementara itu, ada antara netizen yang mengambil kesempatan membuat meme daripada gambar ‘budak nakal’ berkenaan.

Sorry tumpang

Nak tumpang free boleh?

Alamak, mana kau tahu

Menurut salah seorang pengguna, haiwan berkenaan memang akan mencari tempat berteduh pada waktu hujan untuk memanaskan badannya. Kenyataan ini disokong oleh seorang pengguna lain yang turut berpesan agar memeriksa kenderaan sebelum bergerak ketika musim hujan ini.

Kucing anda pernah buat macam ni?

Sumber: Muiz Maembong

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.