Siakap Keli

Tak Larat Naik Tangga, Atuk Terpaksa Upah RM3 Untuk Dipapah Hingga Ke Tingkat 11

Upah sebanyak RM3 terpaksa diberikan kepada kanak-kanak bagi memimpin tangannya setiap kali ingin menaiki tangga ke rumah.

Begitulah apa yang dilalui oleh seorang warga emas setelah lif yang terletak di tingkat 11 di Flat Pangsapuri Seri Sena mengalami kerosakan sejak beberapa bulan lalu.

Bekas seorang guru ini, terpaksa berbuat demikian kerana usia yang lanjut menghalangnya untuk menaiki tangga yang tinggi itu seorang diri.

Warga emas itu yang tinggal berseorangan akan memberikan upah sebanyak RM3 kepada kanak-kanak setiap kali dia menggunakan khidmat bantuan tersebut.

Dia yang ditemui sumber juga berharap masalah ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin kerana bimbang terjadinya perkara yang tidak diingini.

Menurut seorang lagi penduduk, Parawi Boon, 28, keadaan itu sangat memberi tekanan kepada mereka kerana dia terpaksa menggunakan tangga lebih daripada empat kali pada setiap hari.

Lif tersebut dikatakan pernah rosak sebelum ini, tetapi hanya dalam tempoh lebih kurang tiga hari dan mereka masih boleh menggunakan lif yang lain,

Namun, katanya kali ini ia berlaku dalam tempoh yang lama. Malah lebih memburukkan, kesemua lif yang terdapat di blok ini rosak secara serentak.

Difahamkan, laporan telah pun dibuat tetapi sehingga kini keadaan lif masih belum boleh digunakan.

Flat Pangsapuri Seri Sena yang mempunyai 13 tingkat dengan jumlah rumah sebanyak 240 unit telah wujud sejak tahun 2017.

Sumber : Sinar Harian

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra