Siakap Keli

(Video) “Ini Avengers Sebenar”, Gelagat Bomba Kelam-Kabut Tinggalkan ‘Game’ Penting Demi Tugas

Sekiranya diimbau kembali mengenai kejohanan FIFA World Cup pada 2018 yang diadakan di Russia, pelbagai detik-detik indah serta kemeriahan pertandingan itu yang boleh dirasai sehingga kini. Kejohanan yang dimenangi oleh pasukan Perancis itu membawa banyak pengalaman kepada dunia mengenai sukan bola sepak.

Antara perlawanan yang menjadi tumpuan ialah melibatkan pasukan tuan rumah yang bertemu pasukan Crotia pada peringkat suku akhir. Hasil pertembungan tersebut, Crotia mendapat kelebihan apabila memenangi perlawanan itu dengan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.

Namun, apa yang lebih menarik mengenai perlawanan itu ialah sikap yang ditunjukkan oleh sekumpulan pasukan penyelamat yang komited dengan tanggungjawab mereka. Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Twitter Football Away Days, beberapa ahli bomba yang sedang menonton perlawanan tersebut bergegas mempersiapkan diri selepas dipercayai mendapat panggilan kecemasan.

Tindakan itu telah mendapat pujian rata-rata netizen yang turut berbangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh ahli bomba tersebut.

“Hormat setingginya. Saya harap ada seseorang yang menghubungi mereka untuk perkembangannya”

“Respect! Ini Avengers yang sebenar”

Sumber: Football Away Days

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra