Siakap Keli
Kredit: Biskut Beras

(Video) Lelaki Nak Tolong Mangsa Jatuh Motor Kena Hempuk Dengan Helmet Oleh Penunggang Dibantunya

Niat cuma ingin membantu, tapi malang pula yang menimpa seorang pejalan kaki apabila dihempuk dengan helmet oleh seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan kecil di sebuah jalan yang agak sibuk.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang penunggang motosikal telah terjatuh setelah terlanggar pintu sebuah kereta yang dibuka secara tiba-tiba.

Lantaran itu, seorang saksi yang melalui kawasan itu dilihat cuba menghulurkan pertolongan kepada pembonceng motosikal tersebut, namun secara tiba-tiba kepalanya dihempuk helmet oleh penunggang motosikal berkenaan.

Saksi lain yang berada di lokasi itu bertindak memarahi penunggang tersebut di samping cuba menenangkan mangsa yang kelihatan tidak berpuas hati.

Walaubagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian tidak dapat dikenalpasti.

Video berdurasi 27 saat yang dikongsikan di laman Update & Info itu telah menggamit pelbagai reaksi daripada netizen.

“Jenis manusia baran, main terjah je”

Kasihan yang nak menolong

“Kalau tu aku lah, memang aku ambil helmet tu baling kat kepala dia..”

Pengajaran buat yang panas baran

Nak kawal malu, orang tak bersalah jadi mangsa

Jom tonton video di bawah.

Sumber: Update & Info (Biskut Beras)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.