Siakap Keli

Aksi Memukau Dari Brendan Gan, Kejap Ada Kat Tengah Padang, Tiba-Tiba Dah Ada Depan Kotak Penalti

Semalam, satu lagi sejarah tercipta selepas skuad negara berjaya menundukkan ‘King Of Asean’, Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam saingan kumpulan Kelayakkan Piala Asia/Piala Dunia.

Malaysia berjaya kembali dalam permainan selepas ketinggalan 1 gol hasil jaringan Chanatip Songkrasin. Gol-gol skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh Brendan Gan dan Mahmadou Sumareh.

Tapi apa yang lebih mencuri tumpuan ialah aksi Brendan Gan yang berlari di segenap sisi padang bagaikan mempunyai 2 jantung memukau mata peminat bola sepak Malaysia.

Jaringan kedua skuad negara, bermula apabila Brendan Gan melakukan terjahan bagi menggagalkan serangan balas Thailand pada minit 55:29, selang beberapa saat selepas itu Brendan Gan sudah berada di hadapan kotak penalti untuk melakukan hantaran kepada Sumareh sekaligus terhasilnya gol kemenangan Malaysia.

Dalam perlawanan itu, Brendan dinobatkan pemain terbaik perlawanan secara rasmi dan Malaysia berjaya mencatat kemenangan kedua selepas 4 perlawanan serta berjaya mengutip 6 mata, berkongsi mata dengan UAE.

Sumber: Sukan Star

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)