Siakap Keli
Foto: PDRM Kubang Pasu

“Arwah Pergi Di Hari Yang Baik..” Pemergian Yang Ditangisi, Anggota Polis Trafik Maut Dalam Kemalangan

Seorang anggota polis yang bertugas di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Adam Che Aziz dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Difahamkan bahawa jenazah Allahyarham Adam Che Azizi dibawa pulang ke kampung halamannya di Machang, kelantan untuk dikebumikan selepas disembahyangkan di Surau Al makmur IPD Kubang Pasu.

Perkhabaran duka itu mula dikongsikan oleh laman Facebook PDRM Kubang Pasu dan tular di media sosial hari ini.

Jenazah Konst 207449 Adam Bin Che Aziz telah disembahyangkan di Surau Al-Makmur IPD Kubang Pasu dan turut hadir YDH Dato’ Zainuddin Bin Yaacob – Ketua Polis Kedah, YDH Superintendan Chuah Seong Lim – Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, YDH Superintendan Mohd Ismail Bin Ibrahim – Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan warga IPD Kubang Pasu.

Selesai disolatkan, jenazah terus dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan.

Rata-rata rakan sekerja dan netizen mengucap takziah kepada keluarga dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Semoga selamat sampai ke kampung arwah dan dipermudahkn segala urusan.. Hari baik perginya Arwah

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh amin…

 

Sumber: PDRM Kubang Pasu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)