Siakap Keli

Bayi Lahir Dengan Kelopak Mata Tertutup, Komplikasi Kulit Teruk, Akhirnya Berjaya Jalani Pembedahan

Bayi sepuluh bulan yang dilahirkan dengan kelopak mata tertutp dan komplikasi masalah kulit telah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani pembedahan pemindahan tisu di Hospital Kanak-kanak Texas.

Bayi itu dikatakan lahir dengan berat 3 kilogram dengan kelopak mata tertutup serta mengalami masalah kulit yang teruk dimana sebahagian kulitnya telah ‘hilang’ dari tangan, kaki hingga anggota badan yang lain.

Beliau telah didiagnosis penyakit aplasia cutis congenita iaitu suatu keadaan di mana tidak ada kulit saat lahir. Biasanya kulit mereka yang mengalami masalah seperti itu akan berwarna kemerahan seperti luka.

Menurut ibu bayi berkenaan, punca sebenar komplikasi yang dihadapi oleh anaknya itu masih belum diketahui lagi. Namun begitu, setelah pembedahan yang dilakukan keatas bayi itu keadaannya semakin membaik. Bayi itu juga dikatakan telah mendapat berat yang normal serta keadaan kulit yang semakin sihat.

Keluarga bayi itu berasa sangat teruja dengan perkembangan positif yang ditunjukkan bayi itu. Buat pertama kalinya mereka mampu memegang dan menyentuhnya selepas pembedahan.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)