Siakap Keli

Ibu Hampir Meninggal Dunia Gara-Gara Stress Anak Tak Reti Selesaikan Soalan Matematik

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagian dan keselesaan hidup mereka.

Bagi sesetengah ibu bapa, prestasi akademik anak-anak sangat penting kerana ia menjadi penanda aras kepada kejayaan hidup mereka di masa hadapan.

Namun lain ceritanya pula dengan seorang ibu di Hubei, China yang terlalu tertekan dengan akademik anaknya sehingga hampir meninggal dunia disebabkan oleh serangan jantung.

Wanita itu dipercayai menolong anaknya menyiapkan kerja sekolah namun tidak lama selepas itu berasa  tertekan dan marah apabila anaknya tidak dapat menyelesaikan soalan matematik walaupun telah berkali-kali dijelaskan olehnya.

“Berulang kali saya menjelaskan kepadanya tetapi dia tidak faham sehingga saya tidak dapat mengawal kemarahan terhadapnya dan setelah itu saya sukar untuk bernafas serta berasa sakit di bahagian jantung,” katanya.

Menurut doktor yang merawatnya di hospital Xinhua, perkara buruk akan berlaku jika wanita itu lambat  untuk mendapatkan rawatan.

Doktor itu juga menjelaskan bahawa tekanan dan diet yang tidak sihat menjadi punca utama kepada peningkatan penyakit jantung dalam kalangan pesakit muda seperti wanita itu.

Seorang pakar psikologi dari Hong kong, Florence Huang, berkata ibu bapa perlu pandai menguruskan emosi mereka dan keadaan ini juga memberikan kesan yang besar kepada anak-anak iaitu keyakinan diri mereka akan berkurang serta menimbulkan perasaan malu dan menyalahkan diri sendiri,” katanya.

Sumber: Asia One

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra