Siakap Keli
Kredit: Google

Jururawat Dakwa Kena ‘Ganggu’ Lepas Kerat Tali Azimat Di Pinggang Mayat Wanita Tua

Umum mengetahui bahawa dunia ini bukan sahaja dihuni manusia, namun juga makhluk lain sama ada boleh dilihat dengan mata kasar ataupun tidak.

Biarpun kita difahamkan mereka berada di mana-mana, tetapi sesetengah lokasi lebih kerap dikaitkan dengan kewujudan entiti mistik seperti tapak perkuburan, hospital dan penjara.

Baru-baru ini, laman Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi kisah seorang pesakit wanita yang diganggu makhluk halus selepas menguruskan jenazah seorang warga emas yang didakwa memakai tangkal di pinggangnya.

Mari kita baca perkongsian berkenaan.

Hari ini merawat seorang staf jururawat yang terkena gangguan. Balik dari kerja minggu lepas tiba-tiba dia kembung perut, sendawa, sakit kepala. Pergi buat pemeriksaan doktor, doktor hanya mengesahkan angin gastrik sahaja. Tekanan darah semuanya normal, kencing manis semuanya tiada apa masalah.

Tetapi bila balik rumah kepala jadi berat. Masuk waktu Asar berdebar-debar gelisah tanpa sebab, masuk Maghrib mata jadi mengantuk sangat-sangat, masuk Maghrib mesti nak tidur, tengah malam pula jadi sukar tidur seolah di perhatikan seseorang.

Gambar hiasan. (Kredit: Live Science)

Kepala, belakang tengkuk, belikat rasa berat lenguh, rasa sakit. Disebabkan ia berlarutan sehingga seminggu, rawatan di hospital tiada perubahan, atas nasihat kawan-kawan dia datang buat rawatan.

Sebelum ini dia kurang percaya tentang masalah gangguan makhluk halus ini. Ketika datang jumpa saya badannya lemah sangat-sangat.

Katanya, nak makan jadi macam tersangkut, tercekik, tersedak. Ada masa susah nak nafas. Bila masuk makanan nak muntah balik. Disebabkan itu keadaan dia jadi stress, bila di tempat kerja, jadi sakit-sakit seluruh sendi badan.

“Dia potong tali di pinggang tuan aku”

Bila saya ruqyah pesakit itu, ternyata ada gangguan dalam badan. Dia menjerit sekuat hati ketika di ruqyah dengan ayat suci Al Quran.

Bila ditanya dari mana ia datang???

Terus dia menjawab, “Aku ikut dia selepas di potong tali di pinggang Tuan aku.”

Saya: “Tali apa???”

Pesakit: Tali yang dipakai Tuan aku sekian lama, Tuan aku tak pernah buka tali yang dipakai dipinggangnya sejak tuan aku ambil aku dulu.

Tanpa buang masa saya sambung ruqyah. Dengan izin Allah Alhamdulillah dapat keluarkan jin yang menumpang tersebut. Bila dia sedar, saya tanya jururawat berkenaan, “Ada tak puan buka tali tangkal dari pesakit??”

Ya memang ada.

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Ketika potong tali, rasa angin masuk dari belakang

Di wad yang dia jaga, setiap kali pesakit meninggal dunia, tugasnya akan kemaskan apa yang ada pada badan jenazah. Memang minggu lepas ada seorang jenazah wanita sakit tua meninggal dunia. Memang arwah ada pakai tangkal hitam diikat di pinggangnya.

Macam biasa, jururawat itu akan potong tangkal tersebut, sama ada yang ada kat tangan semuanya beliau akan potong dengan tujuan untuk kemaskan jenazah. Memang dia teringat ketika potong tali tersebut seolah ada rasa sesuatu angin masuk dari belakangnya.

Sejak dari itulah baru dia ingat kerap sakit badan. Bila masuk waktu malam susah tidur, kerap mimpi budak, mimpi orang kejar, mimpi tempat kotor, mimpi seseorang yang tak di kenali nak bagi sesuatu, mimpi ular dan macam-macam lagi yang menakutkan.

Syukur Alhamdulillah selepas rawatan dia ada hubungi saya dan beritahu keadaan nya semakin sembuh. Tiada lagi sakit2 badan seperti sebelum ini.

Jika terjumpa tangkal, lakukan ini

Lantaran itu, perawat berkenaan berkongsi tips bagi sesiapa sahaja yang mungkin bakal berdepan dengan situasi sama seperti jururawat tersebut ketika menguruskan jenazah.

“Jika anda terjumpa tangkal pada jenazah yang mesti di potong caranya mudah sahaja. Sebelum potong tangkal tersebut, pegang tali tangkal itu lalu baca:

Al Fatihah 3x
Al ikhlas 7x
Ayat Qursi 3x
Selawat 3x

Kemudian bermohon pada Allah agar dijauhkan dari perkara-perkara yang tak di ingini. InshaaAllah, dengan izin Allah akan dilindungi Allah dan terhindar dari gangguan makhluk halus.

Moga di jauhkan ia berlaku pada diri kita dan keluarga kita. Aamiin.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.