Siakap Keli

Ketagihan ‘Online Shopping’ Termasuk Salah Satu Masalah Mental – Pakar Psikologi

Zaman serba canggih ini memebentuk satu komuniti yang dikenali sebagai kehidupan dunia siber namun bukanlah alam fantasi kerana ia bersumberkan dari kehidupan di alam realiti.

Internet menjadi satu platform untuk memudahkan masyarakat seluruh dunia menjalankan pelbagai kerja tambahan dalam membeli belah. Kedai-kedai dlaam talian berjalan 24 jam sehari yang membolehkan seseorang membeli barangan dengan mudah.

Bahkan, kerana terlalu berteraskan internet dan laman-laman kedai di sosial media membuatkan seseorang itu akan mengalami pelbagai masalah khususnya melibatkan emosi.

Menurut pakar psikologi, Dr Muller, seseorang yang terlalu ketagih untuk membeli belah dalam talian disifatkan sebagai gangguan jiwa. Mereka dapat menentukan  gejala dan ciri-ciri yang berbeza memepengaruhi minda mangsa.

‘Buying-shopping disorder’ (BSD) atau dalam bahasa mudah adalah onianmania (gila jualan) yang menerangkan secara kriktikal tentang ketaksuban seseorang untuk membeli belah sehingga mendatangkan masalah sambingan.

Orang yang terlalu teruja dengan perbelanjaan dalam talian sehinggakan barang datang menimbun-nimbun berakhir dengan kesengsaraan apabila bergelomang dengan hutang keliling pinggang sehingga hilang perasaan mengawal diri.

Tambahnya lagi, BDS menyebabkan gelagat keinginan melampau untuk membeli barangan dan kepuasan ketika membelanjakan wang.

“Sudah tiba masanya untuk mengiktirafkan BSD sebagai salah satu keadaan kesihatan mental dan perlu mengumpul pengetahuan lebih mendalam tentang penyakit ini di internet,” kata Dr Astrid Muller.

Dr Muller merupakan salah seorang pakar psikoterapi daripoada Hannover Medical School dari Jerman serta rakan-rakan yang menjalani kajian tersebut berkata penyakit ini tidak berlarutan lama.

Dalam kajian, seramai 122 orang pesakit mengalami tahap kemurungan dan kebimbangan yang tinggi daripada keadaan biasa. Mereka menjelaskan pertumbuhan dimensi baru dengan mewujudkan beberapa aplikasi kedai atas talian akan menambahkan lagi penyakit ini.

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)