Siakap Keli
Foto: Tribunnews

Lelaki Tetak Adik Kandung Hingga Maut, Gara-Gara Cemburu Rapat Dengan Isteri

Seorang lelaki meninggal dunia selepas ditetak oleh abang kandung dipercayai cemburu kerana isterinya rapat dengan mangsa di sebuah kediaman miliknya di Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara.

Menurut polis, maklumat yang disampaikan mengatakan suspek cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan rapat dengan isterinya apatah lagi mereka tinggal serumah.

Tambahnya lagi, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan tangan dengan objek tajam akibat daripada insiden tersebut.

Menurut isteri suspek, mereka sempat memb eli barang keperluan untuk adiknya. Suaminya dilihat tidak mempunyai sebarang reaksi pelik sehingga hari kejadian, berlaku sedikit pertingkaian mangsa dengan suspek.

Isteri suspek menjelaskan lagi, rupanya hari kejadian, suspek di bawah pengaruh alkohol menyebabkan peristiwa hitam tersebut berlaku.

“Ketika saya keluar untuk melihat mereka, tiba-tiba parang ditangan suami sudah melibas kepada mangsa, terus jatuh sambil berlumuran darah”.

Suspek kemudiannya menyerah diri kepada polis dan mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu.

Sumber: Tribunnews 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)