Siakap Keli

Pipi Montel Habis Luka Teruk, Kisah Bayi DItikam Ibu 90 Kali Hanya Kerana ‘Menggigit’ Sewaktu Menyusu

Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan bernasib baik kerana masih hidup selepas didakwa ditikam oleh ibunya sendiri sebanyak 90 kali yang kebanyakannya di muka gara-gara menggigit semasa menyusu.

Dalam insiden yang dilaporkan di Xuzhou, China itu, bayi tersebut difahamkan menerima lebih 100 jahitan susulan daripada insiden tersebut.

Mangsa tinggal bersama ibu serta dua orang pakciknya yang hanya bekerja sebagai pengumpul barangan kitar semula.

Ketika kejadian, Salah seorang pakciknya difahamkan telah menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring seakan dikolami dengan darah di halaman rumah mereka dan terus bergegas membawanya ke hospital.

Gambar: Daily Mail

Ibu kepada bayi tersebut kemudiannya dilaporkan mengaku bahawa dia telah menikam bayi tersebut selepas bayi itu menggigit semasa menghisap susu badannya.

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa, tiada laporan rasmi yang dapat mengaitkan masalah mental dengan ibu kepada bayi tersebut.

Walau kejadian sudah lama berlaku, pada 2013, namun kisah malang yang menimpa bayi comel ini adalah satu perkara yang boleh dijadikan iktibar kepada semua.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.