Siakap Keli

Rakyat Korea Selatan Buat Latihan Pengebumian, Percaya Merasai Alam Kematian Boleh Perbaiki Hidup

Lebih daripada 25,000 orang yang mengambil bahagian dalam perkhidmatan ‘pengebumian hidup’ sejak 2012. Ritual yang diadakan di Hyowon Healing Center ini bertujuan memperbaiki kehidupan manusia dengan merasai alam kematian.

Dalam upacara ini, peserta akan memakai pakaian pengebumian, memegang potret, menandatangani surat terakhir dan juga berbaring dalam keranda yang tertutup selama 10 minit.

Menurut ketua pusat berkenaan, peserta yang menyertai program terbabit kebanyakannya mereka mengalami kemurungan dan mereka mahu muhasabah diri jika mereka ada berfikir untuk membunuh diri.

” Saya mahu mereka tahu yang mereka juga penting, dan ada orang yang akan berasa kehilangan dan sedih jika mereka dah tiada,”katanya.

Sumber : Reuters

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)