Siakap Keli

Remaja Ditahan Gara-Gara Pakai Baju Seragam Polis Nak Tolong Kawal Lalu Lintas

Seorang remaja berusia 13 tahun telah ditahan oleh pihak polis tempatan akibat menyamar sebagai pihak polis untuk satu tujuan yang sangat murni.

Remaja tersebut telah bertindak dengan mengenakan pakaian seragam polis dan mengawal lalu lintas bagi menghalang penunggang motosikal daripada melawan arus.

Menurut Pesuruhjaya Polis Ciputat Endy Mahandika, remaja tersebut hanya memakai pakaian seragam polis untuk mengawal lalu lintas di situ. Tambahnya, dia juga tidak melakukan jenayah yang berat seperti pembalakan haram atau memeras ugut penduduk tempatan.

Tujuannya memakai pakaian itu adalah bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut arahannya. Tambahan lagi, dia juga percaya dengan pakaian seragam polis itu dapat menghalang daripada penunggang motosikal melawan arus.

“Jika dia memakai pakaian biasa, orang ramai mungkin tidak mengikut arahannya, tetapi jika dia memakainya (seragam polis), baru semua orang akan mematuhinya”

Sumber: Kumparan

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra