Siakap Keli
Kredit: Google

‘Susah Hati’ Nak Ke Tandas Sekolah, Kanak-Kanak 4 Tahun Dimasukkan Ke Hospital Kerana Sembelit

Cardiff, United Kingdom – Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dimasukkan ke hospital kerana sembelit berikutan tiada tisu diletakkan di kubikel tandas murid di sekolahnya, kata ibu kanak-kanak berkenaan.

Fahmin Khanum, 32, mendakwa para pelajar berasa resah untuk mengambil tisu yang diletakkan di ruang awam di sekolah berkenaan sebelum ke tandas. Polisi itu bertujuan untuk mengawal penggunaan tisu tandas dalam kalangan anak-anak murid.

Guru besar sekolah berkenaan, Ruth Jackson berkata, sistem itu dilaksanakan bagi mengelakkan pelajar menggunakan terlalu banyak tisu hingga menyebabkan lubang tandas tersumbat.

Pelajar berusia empat sehingga 11 tahun perlu mengambil kuantiti yang mencukupi sahaja, membuatkan mereka ‘bergelumang’ najis sekiranya tisu yang diambil tidak mencukupi.

“Bayangkan, anda kehabisan tisu dan anda tahu anda perlu sama ada tanggalkan seluar untuk mengambil tisu di ruang awam dan masuk kembali, atau memakai kembali seluar dan mengotorkannya ketika ingin mendapatkan lagi tisu,” kata Fahmin.

“Inilah yang berlaku kepada anak saya dan dia kemudiannya terpaksa memberitahu guru di hadapan kanak-kanak lain yang dia telah mengotori seluarnya.

“Ini bukan sahaja tentang anak saya tetapi semua kanak-kanak lain. Ia tentang kesihatan serta isu kebajikan anak-anak dan ia memberi kesan buruk kepada maruah mereka.”

Fahmin berkata, anaknya dimasukkan ke University Hospital of Wales selama tiga hari pada bulan lepas berikutan sakit perut yang melampau yang tidak pernah dirasakan sebelum itu.

“Dia tidak membuang air besar dengan baik di sekolah kerana polisi tisu tandas berkenaan. Ia merupakan pengalaman yang traumatik,” kata ibunya.

“Anak saya berdikari untuk ke taska sebelum mula bersekolah pada September dan dia telah dilatih untuk ke tandas sendiri sejak berusia dua tahun setengah dan tiada masalah sebelum ini,” tambahnya.

Berikutan itu, Fahmin dan suaminya menulis surat rungutan kepada pihak sekolah dan mereka telah bersetuju untuk menempatkan tisu di semua kubikel tandas sekolah.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.