Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kredit Foto: unhitheato)

Tak Selesa Dengan Bauan Dalam Rumah? Ikuti 4 Petua Ringkas Ini Untuk Rumah Lebih Harum

Siapa yang tak suka rumah wangi kan? Tidak mudah untuk menjaga rumah supaya sentiasa kekal bersih dan wangi supaya selesa untuk berehat. Hal ini kerana rumah merupakan tempat paling selesa untuk kita berehat setelah seharian bekerja.

Tambahan pula, golongan wanita sekarang ramai yang bekerja bagi membantu suami untuk mencari rezeki. Pastikan kekurangan masa untuk menguruskan rumah. Lebih-lebih lagi ada anak kecil yang sering sepah kan rumah.

Ini ada 4 petua yang ringkas dapat mengekalkan rumah anda dalam keadaan wangi.

Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Kredit Foto: tribunnews

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

Caranya:

Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

Kilatkan Lantai Rumah

Kredit Foto: penjagarumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas

Cara:

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

Wangikan Rumah

Kredit Foto: popmama

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Cara:

Senang sahaja iaitu dgn mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.  Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Segarkan Bilik Air

Kredit Foto: productnation

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Cara:

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba.

Sumber: Nik Zainah Muhammad, @tweetislamik

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.