Siakap Keli

Tolong Buka Jalan Untuk Ambulance Lalu & Jaga Trafik, Tindakan Lelaki Didakwa Kurang Siuman Ini Dipuji Netizen

Manusia yang kurang waras juga kadang kala mampu berfikir lebih baik daripada manusia normal. Terkadang mereka lagi mampu untuk berfikir lagi bagus daripada mereka yang mempunyai akal fikiran yang waras.

Menurut satu posting di twitter oleh seorang pengguna yang memuat naik satu posting mengenai seorang lelaki yang didakwa kurang waras mengarahkan kereta memberikan laluan kepada ambulans telah mendapat perhatian ramai pengguna twitter.

Dia yang tidak berbaju dan hanya berkaki ayam dilihat berusaha membantu ambulans yang sedang bergerak mendapatkan laluan daripada pengguna jalan raya lain.

Tanpa baju dan berkaki ayam, lelaki itu mengarahkan kenderaan memberi laluan kepada ambulans

Video yang berdurasi 19 saat itu telah menerima sebanyak 63.3 ribu likes dan 48.2 ribu retweets mengenai posting yang telah dimuat naik itu.

Tindakan lelaki itu yang berusaha mengarahkan kenderaan-kenderaan memberi laluan kepada ambulans telah mendapat pujian daripada netizen.

Berikut adalah komen yang ditinggalkan oleh netizen mengenai video tersebut.

“Yang sakit hanyalah jiwa, bukan hatinya”

“Dia hanya gila, bukannya bodoh”

Sumber:@giewahyudi

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.