Siakap Keli

(Video) CCTV ‘Tangkap’ Monyet Pesan Makanan ‘Online’

Tabiat membeli belah di dalam talian semenangnya semakin rancak bukan sahaja di Malaysia, malah turut melibatkan seluruh dunia. Namun, satu kejadian pelik yang berlaku di Timur China apabila seekor monyet ‘bijak’ menggunakan telefon bimbit untuk memesan makanan melalui aplikasi pesanan ‘online’.

Sebelumnya, seorang penjaga zoo wanita telah meletakkan senarai bahan makanan yang ingin dibeli ke dalam ruangan tempahan atau lebih dikenali sebagai ‘cart’. Perkara itu adalah untuk menantikan potongan harga sebelum mengesahkan pesanan tersebut.

Namun, dia terkejut apabila mendapati pesanan yang disimpan itu telah disahkan dan ternyata ianya telah dibeli oleh seekor monyet jagaannya. Perkara itu jelas dapat dilihat menerusi rakaman CCTV yang dipasang di dalam ruangan bilik tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=rShvtdYOGko&feature=emb_title

Menerusi rakaman video tersebut, haiwan itu dilihat mendapatkan telefon bimbit yang ditinggalkan di dalam bilik sebelum menekannya. Mungkin ianya kebetulan, monyet tersebut telah mengesahkan tempahan yang dibuat oleh penjaga zoo wanita yang selama ini menjaganya.

Lv Mengmeng, penjaga zoo berkenaan berkata bahawa dia dan monyet tersebut menghabiskan banyak masa bersama.

Mungkin monyet itu meniru pergerakan saya dan tahu bagaimana untuk memesan.

Saya kembali ke bilik dan menerima mesej “pengesahan pesanan” dan saya fikir bahawa ianya mustahil.

Beberapa hari selepas itu, dia telah menerima pesanan yang disahkan oleh monyet berkenaan. Sememangnya barangan itu merupakan keperluan untuknya tetapi agak sedih kerana beberapa item tidak mendapat potongan harga.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra