Siakap Keli

(Video) Ramai -Ramai Tolong Angkat Nak Selamatkan Budak Terperosok Bawah Kereta

Kemalangan jalan raya merupakan satu perkara yang tidak diingini oleh semua orang. Apa tidaknya, sekiranya berlaku kemalangan boleh menyebabkan kecederaan dan juga kerugian harta benda. Malah, telah dilaporkan banyak kes kemalangan yang telah meragut nyawa.

Menerusi satu perkongsian video di laman Twitter China Xinhua News, satu kemalangan telah berlaku melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di satu persimpangan yang terletak di Timur China, Zhejiang.

Kemalangan itu bermula apabila sebuah kereta berwarna merah dilihat telah merempuh sebuah motosikal di hadapannya. Akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak perempuan telah terperosok di bawah kereta berkenaan.

Tersedar dengan nasib mangsa kemalangan, orang ramai yang berada berhampiran mendekati  kereta tersebut dan bertungkus lumus mengeluarkan kanak-kanak itu.

Apa yang menarik perhatian adalah sikap kerjasama yang dijalinkan untuk mengangkat kereta berkenaan agar kanak-kanak perempuan itu boleh dikeluarkan.

Proses menyelamat itu hanya memerlukan masa selama 38 saat bagi mengangkat kereta dan mengeluarkan kanak-kanak perempuan itu. Sejurus itu, kanak-kanak perempuan itu telah diberikan rawatan susulan dan kini dilaporkan semakin sembuh.

Sumber: China Xinhua News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra