Siakap Keli

“Yang Lama Pun Sedap, Yang ‘Version’ 2019 Ni Lagi Sedap”, Netizen Teruja Versi Baru Lagu Iman Mutiara

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lagu-lagu nasyid pernah menjadi siulan dan kegemaran ramai pada satu ketika dahulu sehingga menjadi fenomena bukan sahaja di negara ini malahan di luar negara.

Raihan merupakan salah satu kumpulan nasyid yang sangat popular dan kesemua lagu mereka menjadi siulan rakyat Malaysia sehingga kini.

Antara lagu mereka yang paling mendapat perhatian ialah Iman Mutiara yang masih lagi boleh didengari di corong-corong radio dan Raihan masih lagi bergerak aktif sehingga kini tanpa seorang lagi vokalis mereka, Nazrey Johani.

Peminat-peminat mereka masih lagi berharap Nazrey Johani kembali menyanyi di dalam kumpulan itu namun beliau menegaskan beliau tidak akan kembali menyanyi bersama Raihan.

Baru-baru ini, viral satu ciapan di Twitter oleh quexieqbal7 yang memuatnaik video muzik Nazrey Johani menyanyikan semula lagu Iman Mutiara.

Lagu itu tampil lebih ‘segar’ dengan rendisi baharu dan disukai oleh semua netizen yang mengimbau kembali kenangan pada suatu ketika dahulu.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Ciapan yang mendapat sebanyak 17.1 ribu retweets dan 17.8 ribu likes itu dihujani dengan komen positif netizen yang rata-ratanya rindu kepada suara Nazrey Johani.

Lagu Iman Mutiara pernah mendapat pencalonan lagu terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998) dan pada tahun yang sama Nazrey bersama Raihan telah memenangi kategori Album Nasyid Terbaik, Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) dan anugerah paling utama iaitu Album Terbaik.

Sumber: quexieqbal7 , Youtube Inteam Digital

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra