Berita kematian The Rock kononnya dilaporkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dengan tajuk ‘The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun’ telah tersebar di alam maya.
Aktor bertubuh sasa berusia 47 tahun itu dilaporkan terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri. Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan itu hanya dakwaan palsu,
“Sila meninggal”, itu antara komen peminat fanatik The Rock yang berang dengan penyebaran berita palsu itu mengenai kematian aktor terkenal Hollywood tersebut.
Ini bukan kali pertama The Rock dilaporkan meninggal dunia.
Pelakon yang membintangi francais filem The Fast and Furious itu pernah menjadi mangsa berita palsu pada 2011.
Malah Pada 2014, The Rock sekali lagi dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran sebuah filem di New Zealand.
Sumber: METRO UK