Siakap Keli

Kaki, Muka Bengkak Dan Kencing Berbuih, Mungkin Anak Anda Hidap Sakit Buah Pinggang, Sindrom Nefrotik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebiasannya kita lihat penyakit yang melibatkan buah pinggang hanya melibatkan orang dewasa atau remaja akibat tidak menjaga pemakanan atau pun memang dilahirkan dengan masalah sakit buat pinggang.

Namun kanak-kanak kini terdedah dengan sindrom nefrotik yang boleh menyebabkan risiko kegagalan ginjal.

Sindrom nefrotik adalah satu keadaan di mana buah pinggang di mana pesakit mengalami kehilangan protein dalam air kencing dan menyebabkan aras protein menjadi rendah.

Ibu: Doktor, anak saya ni dah seminggu muka bengkak. Kaki dia pun bengkak. Kenape ya doktor?

Dr: Kencing ada berbuih tak?

Ibu: Ada berbuih juga

Dr: Tanda-tanda seperti kena penyakit buah pinggang sindrom nefrotik.

Ikuti perkongsian Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi dalam satu thread di laman Twitter miliknya berkenaan sindrom nefrotik yang yang kini berlaku 2 hingga 5 kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak setiap tahun.

Sebab-musabab berlakunya sindrom nefrotik di kalangan kanak-kanak tidak diketahui. Berkemungkinan besar, penyakit ini berkait rapat dengan sistem imun badan. Di kalangan kanak-kanak besar dan orang dewasa, penyakit ini terjadi disebabkan SLE atau diabetes.

Pemeriksaan makmal :

  • Pemeriksaan air kencing.UFEME dan urine protein creatinine index
  • Albumin dalam badan
  • RP:fungsi buah pinggang
  • Paras kolesterol. Paras kolesterol biasanya tinggi di kalangan kanak-kanak yang mengalami sindrom nefrotik Ujian makmal lain spt C3 C4, ASOT.

Ubat yang disarankan untuk rawatan sindrom nefrotik di kalangan kanak-kanak ialah sejenis steroid iaitu prednisolone.

Penggunaan prednisolone perlulah di bawah arahan seorang Pakar Pediatrik. Dos ubat dikira berdasarkan berat dan tinggi kanak-kanak.

Kesan sampingan steroid :

  • Cushingoid (menjadi bulat)
  • Selera makan bertambah
  • Cataract
  • Sakit perut
  • Jerawat
  • Ketinggian terbantut

Kebanyakan pesakit nefrotik akan bagi respon positif terhadap rawatan prednisolone. Tanda pertama keberkesanan ubat ialah tiada protein dlm urin. Oleh itu, perlu ada pemantauan di rumah dgn memakai urine dipstix.

Sekiranya urin dipstix negatif utk 3 hari berturut turut, rawatan ini dikatakan dalam remission. Sekiranya urine positif untuk 3 hari berturut-turut, pesakit ini dalam relapse. Ibu bapa perlu datang segera berjumpa doktor

Dalam jangka masa panjang, prognosis adalah baik untuk kanak-kanak yg bg respon positif terhadap rawatan prednisolone (steroid sensitive).  Sindrom nefrotik yg sensitif kepada rawatan steroid tidak mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Sakit ini akan ”hilang” dengan masa dan berlaku.

Bagi mereka yang tidak menunjukkan respon kepada rawatan prednisolone  dalam dos tinggi selama 4 minggu, mereka dikategorikan mempunyai rintangan terhadap steroid (steroid resistant).

Kanak-kanak steroid resistant perlu disiasat lebih lanjut lagi dan ini termasuk pemeriksaan tisu buah pinggang (biopsi) untuk mengenal pasti jenis dan tahap masalah buah pinggang tersebut.  Mereka perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Nefrologi sebab berisiko mengalami kegagalan ginjal.

Sumber : Dr Siti Sarah Aishah

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.