Menurut petikan akhbar tempatan, kaki pemandu lori sampah sebuah syarikat pembersihan yang parah terpaksa dipotong selepas terlibat dalam kejadian dipercayai dirempuh oleh pemandu wanita di Jalan Anson, Geogtown pada Jumaat lalu.
Menurut Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kaki mangsa terpaksa dipotong hingga paras paha kerana rempuhan tersebut.
“Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), katanya.”
Siasatan mendapati wanita warga asing tersebut sudah menetap di Malaysia sejak enam tahun lalu dan kini mendapat rawatan di hospital swasta kerana mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dada.
Siasatan polis mendapati status wanita tersebut tidak berada di bawah pengaruh alkohol selaian mempunyai lesen memandu negara asalnya.
Bagaimanapun, pihak polis akan merujuk kes ini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk lebih lanjut tentang status lesen tersebut.
Sumber: Sinar harian