Siakap Keli

Kenali Anak Kucing Dua Muka Yang Sudah Berusia 4 Bulan

Seekor kucing bewarna hitam baru-baru ini telah menarik perhatian ramai kerana mempunyai dua wajah di kepalanya.

Kucing yang dikenali dengan Duo itu telah ditinggalkan oleh ibunya kerana kecacatan yang dialaminya atau lebih dikenali sebagai diprosopus.

Duo diselamatkan oleh seorang doktor haiwan, Dr Ralph Tran, beliau telah memastikan kucing itu terus hidup waluapun kebiasaannya peluang untuk kucing yang dilahirkan sedemikian rupa adalah tipis untuk hidup.

Dengan mempunyai dua muka, hidung, mulut dan empat mata, Duo telah hidup dengan keadaan baik dan sihat kecuali mata tengahnya sahaja yang buta.

Walaupun saiz Duo kelihatan agak kecil berbanding kucing-kucing yang lain tapi telatah dan perangai Duo sama sahaja dengan kucing yang lain. Duo juga tidak kekok untuk berinteraksi dengan kucing lain.

Sehingga kini usia Duo sudah mencecah 4 bulan dan untuk rekod kucing yang mempunyai wajah seperti ini pernah mencapai usia sehingga 15 tahun iaitu kucing Frank dan Louie.

Sumber : Duo the two-faced cat

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)