Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan digemari oleh seluruh golongan masyarakat. Ada sahaja gelagatnya yang mampu mencuit hati siapa yang memandang.
Begitulah juga apa yang dirasakan oleh nenek kepada pemilik kucing apabila si bulu tersebut berkelakuan dan menunjukkan aksi pelik setiap kali melihat dia membasuh pinggan.
Video yang berdurasi lebih satu minit itu telah mendapat lebih daripada 3.2 juta tontonan di Facebook.
”Ini kucing cucu saya Rebecca. Cuba lihat apa yang kucing ini lakukan apabila saya sedang mencuci pinggan,” tulis Sandra di Facebook.
Está e a linda a gatinha da minha netinha Rebeca .olha o que ela fazia enquanto eu lavava a louça .ela e uma figura .kkkkkkkk
Posted by Sandra Queiroz Bolos on Thursday, 7 November 2019
Sumber : Sandra Queiroz Bolos