Siakap Keli

“Abah Nak Cuba Boleh? Abah Tak Pernah Pakai,” Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masih lagi dengan musim graduasi, pasti ramai yang berasa teruja untuk bergaya dengan jubah graduasi masing-masing. Ibu bapa juga pasti berasa gembira, teruja dan bangga dengan kejayaan yang dirangkul anak-anak mereka.

Kehadiran ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain mampu memberi ‘aura’ yang luar biasa dan pembakar bersemangat.

Menerusi ciapan Twitter @AimanHamizan yang mendapat hampir 96.7K likes,

Abah : “Abah nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai.”

beliau berkongsikan hari ‘bersejarah’ bersama bapa tercinta dengan menyarungkan jubah graduasinya kepada bapanya.

Rata-rata warganet menyuarakan rasa sebak dan berkongsikan detik manis masing-masing bersama ibu bapa mereka di hari graduasi di ruang komen.

Malah ada yang turut terinspirasi untuk terus berjaya di menara gading,

Walaupun hanya di f6 lagi, InsyaAllah lepasni pakaikan kat uni pulak….

Same goes to my dad , REAL HERO !!

Luahan sebak juga diluahkan oleh warganet ini, namun kekuatan dan semangat ibu bapanya dibawa untuk berjuang mencapai kejayaannya.

Ayah sy pun teringin nak pakai ni tapi tak sempat…

Sumber: Aiman Hamizan

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)