Siakap Keli

“Ciumlah Anak-Anak Anda,” Tanpa Kita Sedar, Ciuman Seorang Ibu Mampu Beri Aura Positif

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi ibu itu tidak mudah. Menjadi ibu juga tidaklah suatu bebanan. Namun, naluri seorang wanita yang bergelar ibu ini sangat mudah tersentuh.

Apatah lagi terhadap anak yang dikandung sembilan bulan, dengan bertarung nyawa serta melalui pelbagai dugaan dalam membesarkan anak-anaknya.

Benarlah apa orang katakan, dengan ibu tak boleh nak sembunyikan apa-apa. Soroklah apa pun, mesti akan dapat dikesan oleh mereka. Firasat ibu yang mengandungkan kita memang kuat.

Menerusi perkongsian Bel Nawhen di akaun Facebooknya, beliau berkongsikan ‘kuasa’ ciuman seorang ibu terhadap anak dalam tumbesaran mereka.

Ciumlah anak-anak anda.

‘Mommy, mommy belum cium Amayan lagi’
‘Mommy, Niniyah nak cium mommy’
Dua ayat ni memang setiap hari anak-anak akan cakap dan minta.
Setiap ciuman memberikan mereka suntikan semangat dan memberi keceriaan tidak bertepi. Umpama baru dapat gula-gula.

Sememangnya, kasih sayang dan keprihatinan seorang ibu mampu memberi aura dan semangat positif kepada anak-anak dalam kehidupan mereka agar mereka rasa lebih dihargai.

Waktu kecil beginilah mereka belum ada segan dipeluk cium oleh ibu dan ayah.
Waktu ni mereka mesti betul-betul dapat kasih ibu dan ayah secukup-cukupnya.
Waktu ini juga, setiap aura positif kita beri memberikan impak positif untuk tumbesaran anak-anak.

Cium anak-anak
Peluk mereka.
Sebelum mereka cium dan peluk anak orang lain.

Ciuman ibu mampu memberi tindakbalas kepada perkembangan otak bayi dengan menghasilkan hormon oxytocin yang membawa kepada perasaan kasih sayang.

‘Virus’ seperti inilah yang mampu membentuk anak-anak yang baik akhlak dan sahsiahnya. Peranan ibu bapa sebagai contoh yang baik mampu mempengaruhi perspektif pemikiran anak-anak.

Sumber: Bel Nawhen 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)