Siakap Keli

Ibu, Bapa Tiri Didakwa Main ‘Game’, Facebook Ketika Anak Nazak Sebelum Maut Akibat Diracun Dan Didera

Mayat seorang bayi perempuan berusia 22 bulan yang mati dipercayai akibat diracun dan dipukul ibu dan bapa tirinya masih belum dikebumikan sejak Oktober 2017.

Bayi itu masih disimpan dalam keadaan beku di rumah mayat. Malah hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati bayi tersebut mengalami keretakan serta patah di bahagian tempurung kepala dan tulang rusuk.

Bayi malang itu juga dikatakan telah diberikan racun bertujuan untuk menyembunyikan kecederaan dialaminya.

Ibu dan bapa tiri mangsa dihukum penjara oleh Mahkamah di Truro, England selepas mereka dikesan bermain Facebook dan permainan video ketika bayi itu sedang nazak di atas katil.

Ibu mangsa dihukum penjara tiga tahun atas kesalahan membiarkan anaknya mati manakala bapa tirinya pula dihukum penjara minimum 20 tahun atas kesalahan membunuh.

Sumber: BBC

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)