Siakap Keli

Lelaki ‘Pelik’ Didakwa Baling Air Mani Ke Arah Wanita Yang Jalan Bersendirian

Seorang lelaki didakwa membaling air maninya kepada wanita di Tasik Malaya menjadi satu keresahan buat para wanita yang ada di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Tribunnews, kejadian ini sangat pelik dan ‘miang’ kerana sasaran mangsanya adalah wanita berjalan kaki. Belasan orang wanita sudah menjadi mangsa seksual oleh lelaki yang tidak dikenali tersebut ketika melintas jalan.

Kejadian ini tular setelah beberapa orang mangsa memuatnaik satu video atas perlakuan yang tidak senonoh tersebut.

Seorang wanita mendakwa dirinya salah soerang mangsa daripada perbuatan tidak senonoh itu berkata kejadian tersebut berlaku ketika menunggu suaminya di tepi jalan.

“Tiba-tiba saya dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal, lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata kesat sambil merenung pada wajah saya.”

Tambahnya lagi, lelaki tersebut mengeluarkan alat sulitnya sekaligus membaling air mani kepada mangsa.

“Saya terkejut dan terus menghubungi suami untuk mengambil saya dengan segera. Bernasib baik kerana air mani teersebut tidak terkena pada saya kerana sempat menggelak.”

Bagaimanapun, kes ini masih lagi dalam siasatan sehingga pelaku ditangkap.

Sumber: Tribunnews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)