Siakap Keli

Penyokong Malaysia Jangan Jadi Punca Jual Tiket Tuan Rumah Pada Penyokong Indonesia – FAM, PDRM

Perlawanan Bola Sepak antara Malaysia dan Indonesia yang bakal beraksi di Stadium Bukit Jalil kian berdebar untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bakal berlansung pada Selasa ini.

Bagaimanapun, satu kenyataan rasmi saripada pihak Football Association of Malaysia (FAM) berkata kemungkinan besar tidak akan ada penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket di stadium pada hari perlawanan tersebut jika tiket habis di jual secara atas talian.

FAM, PDRM Mohon Kerjasama Supaya Jangan Jual Tiket Penyokong Tuan Rumah Kepada Penyokong Lawan

Justeru, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin memohon kerjasama daripada seluruh warga bola sepak negara supaya tidak menjadi ‘orang tengah’ dengan menjual tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Harimau Malaya itu kepada penyokong pasukan pelawat, Indonesia.

Ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah terutama dari segi keselamatan serta aliran kemasukan penyokong kedua-dua pasukan ke dalam stadium pada hari perlawanan, Selasa ini.

Untuk makluman, isu ini terjadi pada perlawanan Malaysia lawan Thailand di stadium sama, Khamis lalu apabila jumlah kehadiran penyokong pasukan pelawat, Thailand adalah seramai kira-kira 5,000 orang, melebihi jumlah tiket yang telah diperuntukkan FAM kepada penyokong Thailand iaitu untuk 2,500 orang.

Ia berpunca daripada sikap segelintir warga bola sepak Malaysia sendiri yang telah ‘membantu’ penyokong pelawat membeli tiket menggunakan kuota kawasan tempat duduk penyokong tuan rumah (Malaysia) untuk masuk ke dalam stadium, sekali gus menyukarkan pihak keselamatan untuk menempatkan para penyokong pelawat ini di tempat yang sepatutnya.

Justeru, bagi mengelak perkara yang sama berulang pada perlawanan Malaysia lwn Indonesia, Selasa ini, FAM dan PDRM sekali lagi ingin menasihatkan warga bola sepak Malaysia supaya tidak menjadi punca kepada masalah ini dengan mengambil sikap bertanggungjawab tidak menjual hak penyokong Malaysia ini kepada penyokong pelawat.

Saya percaya, jika semua pihak memberikan kerjasama dalam menangani masalah ini, sudah pasti tidak timbul masalah berkaitan tempat duduk penyokong Malaysia dan penyokong Indonesia.

Untuk makluman, FAM telah memperuntukkan sejumlah 4,500 tiket bagi penyokong pasukan pelawat, Indonesia seperti mana yang dimohon oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi perlawanan Selasa ini.

Penjualan tiket bagi penyokong pelawat ini akan diuruskan sendiri oleh pihak PSSI.

Bagi penyokong Harimau Malaya, anda masih boleh membeli tiket secara online di www.tickethotline.com.my tetapi hanya tiket tempat duduk Terbuka masih ada manakala tiket bagi tempat duduk Grandstand dan FAM Premium telah pun habis terjual.

Sumber: Football Association of Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.