Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kredit Foto: wired, freshome)

Hidup Boleh Merana, Ini Alasan Kenapa Anda Jangan Sesekali Jadi Penama Hutang Orang Lain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai masyarakat pada hari ini telah menjadi mangsa atas kesilapan orang lain. Sering kali kita dengar mengenai kebaikan yang dibalas dengan kejahatan. Memang benar tidak semua penghutang yang menggunakan penama mempunyai niat jahat.

Namun, hal ini pastinya sedikit sebanyak telah memberi kesan dalam kehidupan penama kepada sesuatu hutang. Hanya menjadi penama kepada orang, diri sendiri tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman bagi memperolehi sesuatu yang kita perlukan.

Menurut satu perkongsian di facebook Nor Zabetha yang telah berkongsi mengenai masalah yang bakal timbul sekiranya terlalu mudah untuk menjadi penama kepada hutang seseorang.

Kenapa jangan jadi penama bagi sesuatu hutang?

Saya sentiasa dirujuk dengan soalan-soalan berkaitan nama digunakan pihak lain untuk permohonan hutang.

Tidak kiralah hutang pembelian kereta, rumah, perabot atau apa sekalipun, undang-undangnya tetap sama.

Kredit Foto: curbed

Penama adalah sebenarnya orang yang berhutang berdasarkan dokumen dan undang-undang.

Penama yang boleh disaman atau dituntut bagi jumlah yang terhutang manakala orang yang menggunakan nama kita adalah orang yang menikmati hutang tanpa sebarang tanggungan atau liabiliti.

Pihak bank atau pemiutang tidak boleh menyaman penghutang sebenar yang menggunakan penama.

Banyak pembelaan kes di mahkamah yang menyatakan dia hanyalah penama dan pihak bank tidak boleh menuntut tetapi sebaliknya perlu menuntut kepada individu yang menggunakan namanya.

Pembelaan ini ditolak mentah-mentah di mahkamah (melainkan ada melibatkan isu penipuan, penyelewengan atau kecurian identiti).

Kredit Foto: the walrus

Bukan itu sahaja, sebagai penama sesuatu hutang akan menyebabkan liabiliti hutang anda semakin tinggi dan menyukarkan permohonan hutang yang lain.

Contohnya gaji anda bernilai RM3,000.00 sebulan.

Anda telah membeli kereta dengan bayaran bulanan RM500 sebulan.

Kemudian rakan anda menggunakan nama anda untuk membeli kereta dengan bayaran ansuran RM700 sebulan.

Anda kemudiannya ingin membeli rumah bernilai RM250,000 tetapi berdasarkan semakan liabiliti hutang oleh bank anda mempunyai nilai hutang bulanan untuk dua buah kereta sebanyak RM1200 (tidak termasuk hutang lain seperti kad kredit dll).

Hal ini mungkin akan menyebabkan permohonan bagi pinjaman rumah ditolak kerana liabiliti hutang yang tinggi walaupun sebenarnya anda langsung tidak menggunakan kenderaan yang bernilai ansuran RM700 sebulan, anda hanyalah penama sahaja.

Seperti saya sebutkan di atas, orang yang menggunakan nama adalah orang yang menikmati hutang tanpa sebarang tanggungan dan beban.

Bukan itu sahaja, berdasarkan statistik kes-kes kebankrapan, kes paling tinggi menyebabkan seseorang itu bankrap adalah pinjaman kenderaan dan sebilangan yang dibankrapkan juga adalah penama sahaja dan bukan mereka yang menikmati hutang tanpa bebanan.

Jadi sebelum kita bermurah hati memberikan nama kepada pihak lain.

Fikir dahulu kesan dan impaknya.

Jangan kerana orang kita bergolok gadai.

Tidak berbaloi.

Rancang masa depan.

Sumber: Nor Zabetha

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.