Siakap Keli

Hormati Tempat Duduk Penyokong Lain, Ikut Nombor Di Tiket

Pertemuan antara Malaysia dan Indonesia bagi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2022 esok sememangnya perlawanan tumpuan rakyat Malaysia. Perkara ini ekoran dilaporkan tiket bagi perlawanan yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu telahpun habis dijual.

Kebanjiran penyokong sama ada dari pihak tuan rumah sendiri mahupun daripada penyokong Indonesia pastinya akan memeriahkan suasana di dalam stadium.

Bagi mengelakkan sebarang kekecohan, penyokong yang memasuki stadium dinasihatkan untuk menghormati tempat duduk penyokong lain. Perkara ini ekoran terdapat aduan penyokong yang mendakwa tidak mendapat tempat duduk seperti yang tertera di tiket.

Melalui perkongsian daripada Facebook Football Association of Malaysia (Official), dimaklumkan juga bahawa kanak-kanak yang memiliki tiket perlawanan sahaja yang diperuntukkan tempat duduk seperti yang tertera di tiket.

Sumber: Football Association of Malaysia (Official)

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra