Siakap Keli
Kredit Foto: indiatoday

Kerana Mahu Bapa Sakit Sertai Majlis Perkahwinan, Pasangan Ini Langsungkan Perkahwinan Di Hospital

Pasangan dari Texas, Aaliyah dan Michael Thompson telah memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan mereka di pusat perubatan Baylor Scott & White Health bagi memastikan bapa kepada Michael turut berada di majlis perkahwinan tersebut.

Pasangan tersebut telah memakai gaun hospital sebagai pakaian perkahwinan mereka dan menyarungkan cincin ke atas sarung tangan hospital pada majlis yang diadakan berkenaan.

Cincin disarungkan keatas sarung tangan yang dipakai kedua-dua pasangan pada hari perkahwinan mereka (Kredit Foto: indiatoday)

Majlis tersebut sepatutnya menjadi upacara yang cukup ringkas bersama ahli keluarga mereka sahaja.

Namun, tanpa di sangka-sangka, beberapa orang jururawat dan doktor datang dan membawa kek bagi meraikan pasangan tersebut di majlis perkahwinan mereka.

Mereka yang sepatutnya berkahwin pada bulan Mac yang lalu terpaksa membatalkan hasrat itu kerana dua ahli keluarga mereka telah meninggal dunia ketika itu.

Bagi kedua-dua pasangan ini, ayah merupakan insan yang penting dalam kehidupan mereka.

Jadi tidak kira dalam apa keadaan sekali pun, majlis pernikahan yang diadakan haruslah dihadiri oleh bapa mereka.

Sumber: India Today

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.