Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kredit Foto: dailymail, indianmotorcycle)

Lelaki Tergamak Jual Tulang Mayat Mak Ayah Sendiri Untuk Tujuan Sihir, Dijanjikan Hadiah Motosikal

Seorang lelaki telah ditangkap atas kesalahan menggali semula kubur milik ibu bapanya untuk ditukarkan dengan sebuah motosikal.

Supek yang ditahan oleh Polis Mozambique di wilayah Nampula utara mengaku telah menggali semula kubur ibu bapanya serta kubur milik bapa saudaranya.

Kredit Foto: dailymail

Lelaki itu dilaporkan telah mengeluarkan tulang daripada kubur tersebut pada satu malam selepas seorang ahli perniagaan menjanjikannya sebuah motosikal yang bernilai lebih daripada $ 300 (RM 1,245) sebagai pertukaran.

“Mereka memberitahu saya untuk mencari tulang orang yang mati tanpa sebarang sakit. Sebagai pertukaran, saya akan mendapat sebuah motosikal,” kata lelaki berkenaan kepada BBC.

“Saya pergi ke tanah perkuburan dan gali semula kubur ayah, ibu dan bapa saudara saya”, tambahnyanya lagi.

Menurut seorang pegawai polis berkata kejadian itu merupakan kes kelima di kawasan tersebut pada tahun ini dan kebanyakan kes seperti ini dipercayai mempunyai hubung kait dengan ilmu sihir.

Sumber: Dailymail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.