Siakap Keli
Gambar: Faith Fleur

Main Bedal Jer, Mana Lah Tak Gugur, Ini Cara Syampu Rambut Yang Betul Untuk Lelaki Dan Wanita

Setiap orang mengimpikan mempunyai rambut yang lebat, cantik dan sihat kerana ianya merupakan salah satu tarikan bagi seseorang. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah berkaitan rambut seperti masalah rambut gugur. Boleh dikatakan, semua orang tidak mahu terjerumus di dalam masalah rambut gugur yang boleh merimaskan diri sendiri.

Malah, ada yang malu sekiranya kekurangan rambut sehingga menampakkan perbezaan yang ketara. Masalah rambut gugur bukan sahaja disebabkan pemakanan yang tak seimbang, malah turut disebabkan oleh folikel rambut yang tersekat. Oleh itu, penjagaan rambut sangatlah penting untuk dilakukan pada setiap hari seperti penggunaan syampu. Namun begitu, anda juga perlu menitik beratkan cara mencuci rambut yang betul agar dapat menghindari daripada masalah rambut.

1.Basahkan rambut dengan air suam

Apa yang perlu anda beri perhatian sebelum membasuh rambut anda ialah untuk membasahkannya dengan air suam terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana air suam dapat membuka kutikula di rambut anda. Sebaik sahaja rambut anda dibasahkan dengan air suam, rambut akan kehilangan sebarang kekotoran. Selain itu, air suam juga akan membantu rambut dan kulit kepala untuk menyerap minyak ke dalam pelembut rambut anda.

2. Guna perapi pelembut terlebih dahulu sekiranya mempunyai rambut panjang

Sekiranya rambut anda panjang melebihi bahu, adalah dinasihatkan untuk mengaplikasikan perapi pelembut rambut pada bahagian rambut yang panjang. Perkara ini adalah untuk memastikan bahagian hujung rambut tidak bercabang dan juga menampakkan bersinar.

3. Urut perlahan-lahan syampu ke dalam akar rambut

Pastikan kuantiti syampu yang digunakan untuk membasuh rambut anda mencukupi agar dapat meratakan keseluruhan bahagian rambut. Ketika meratakan syampu, anda perlu mengurutnya dengan perlahan-lahan supaya syampu itu masuk ke akar rambut dan tidak menggosoknya dengan kasar.

4. Bilas rambut anda dengan air suam

Selepas meratakan syampu hingga ke akar rambut, anda boleh membilas syampu tersebut dengan menggunakan air suam sehingga semuanya syampu hilang. Selain itu, lurutkan jari anda di celah-celah rambut bagi memastikan syampu yang tertinggal dapat dihilangkan.

Pemilihan jenis syampu juga perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Perkara ini adalah kerana penggunaan syampu yang terbaik dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh anda seperti masalah keguguran rambut.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau ekoran terdapat produk yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut khususnya rambut gugur. Produk yang dimaksudkan ialah keluaran Faith Fleur iaitu satu jenama keluaran bumiputera yang berkualiti tinggi.

Faith Fleur menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan rambut yang sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan. Antara produk yang ditawarkan ialah Faith Fleur Smoothing & Nourishing Shampoo yang mempunyai kelebihan mengurangkan keguguran rambut dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain itu, produk ini juga dapat menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut akan menjadi subur dan hitam.

Selain itu, produk Hair Anti-Frizz Serum juga sangat disyorkan untuk merawat rambut gugur dan membaiki kerosakan yang terdapat pada bahagian rambut. Selain itu, ia juga dapat mencegah kelemumur dan mengekalkan kelembutan dan kilauan rambut.

Bukan itu sahaja yang ditawarkan oleh Faith Fluer, malah banyak lagi produk yang sangat berkualiti yang boleh didapatkan. Selain penawaran harga yang sangat berpatutan, Faith Fluer menawarkan produk yang nyata berkesan untuk penjagaan rambut anda. Jangan sia-siakan peluang ini.

Di samping itu, Faith Fleur juga mengajak anda untuk menyertai peraduan yang dianjurkan bagi memenangi hadiah istimewa yang disediakan oleh Faith Fleur sendiri. Mudah sahaja cara nak sertai peraduan ini. Peserta wajib untuk membeli ‘Hair Serum Faith Fleur” dan satu resit pembelian boleh mewakili bagi satu penyertaan.

Peserta yang bertuah berpeluang untuk menerima hadiah seperti pengering rambut, loket emas, baju dan pelbagai lagi hadiah yang lain.

Jadi, apa tunggu lagi? Tak kan nak lepaskan peluang keemasan untuk memenangi hadiah daripada Faith Fluer. Dapatkan produk berkualiti tinggi ini dengan segera dan sertai peraduan yang sangat berbaloi ini. Sebelum terlupa, tarikh penyertaan bagi peraduan tersebut adalah pada 30 November 2019 dan pengumuman hadiah adalah pada 12 Disember 2019.

Dapatkan produk Faith Fluer anda hari ini dan sertai peraduan ini dengan hanya membeli ‘Hair Serum Faith Fluer” dan berpeluang memenangi hadiah lumayan. Layari laman Facebook Faith Fluer dan lawan web Faith Fluer untuk pembelian dan juga maklumat lanjut.

Sumber: Wiki How

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa