Gambar: Sports India Show

Menang Besar 27-0 Buat Presiden Kelab Bola Ini Tak Puas Hati & Pecat Jurulatihnya, Ini Alasan Yang Diberi

Keputusan yang menggembirakan dalam sesuatu perlawanan bola sepak bukanlah kepentingan utama yang dicari oleh sesetengah presiden kelab.

Bagi presiden kelab Invicta Sauro, Paolo Brogelli, dia dilaporkan telah memecat seorang jurulatih kelabnya selepas pasukannya itu memenangi satu perlawanan dalam liga divisyen remaja Itali.

Peristiwa yang agak luar biasa itu terjadi selepas keputusan perlawanan bola sepak di antara Invicta Sauro dan Marina Calcio dalam Liga Divisyen Remaja Itali berpihak pada pasukannya dengan skor sebanyak 27 gol berbalas 0 dicatatkan.

Gambar: Google

Disebabkan pasukannya telah mencatatkan jumlah jaringan yang begitu banyak, presiden kelab Invicta Sauro telah bertindak memecat jurulah pasukan remajanya itu kerana “tidak menghormati lawan”.

“Kami terkejut dengan keputusan yang dicatatkan dalam perlawanan tersebut. Pasukan lawan perlu sentiasa dihormati dan perkara ini tidak seharusnya terjadi,” ujar presiden kelab tersebut.

Paolo Brogelli turut turun ke padang dan meminta maaf kepada pasukan lawan tersebut.

“Sebagai presiden, sejujurnya saya ingin meminta maaf. Pegawai teknikal kami bukan sahaja ditugaskan perlu melatih pasukan remaja kami, malahan mereka juga turut berperanan untuk mendidik mereka.

“Apa yang telah terjadi adalah sesuatu yang bercanggah dengan nilai yang diterapkan dalam pembangunan bola sepak”, tegas Paolo Brogelli.

Sungguhpun begitu, perkara ini bukanlah satu-satunya perkara yang pernah terjadi dalam bola sepak.

Pada 2015, sebuah kelab yang berpangkalan di Sepanyol iaitu Serranos Sub 11 telah membelasah kelab Benicalap dengan skor sebanyak 25-o. Hasil daripada keputusan tersebut, jurulatih pasukan yang bernama Pau Ceceros telah dipecat.

Sumber: EN24

Aqmal Ezany

I write what is right

Editor: Fazidi

Tambah komen

Dari Wiser.my