Siakap Keli
Gambar Hiasan

Penduduk Panik, Maluku Digoncang Sekali Lagi Dengan Dua Gempa Bumi

Gempa bumi berukuran 4 pada skala Richter sekali lagi menggegar Maluku di dua wilayah berbeza iaitu di Kota Ambon dan Kapabuten Maluku Tengah yang baru sahaja berlaku pada pukul 6.03 petang waktu Indonesia.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Stesyen Ambon berkata gempa pertama dengan kekuatan magnitud 4.5 berpusat di 60km barat laut Sawai, Maluku Tengah dan 81km Wahai, Maluku Tengah dengan kedalaman 10km di bawah permukaan laut.

Tidak lama selepas itu, gempa kedua pula menyusul di Ambon dengan kekuatan magnitud 4.1 yang berpusat di 15km utara Ambon dan 29km barat daya Kairatu, Seram Bahagian Barat.

Gegaran gempa yang kuat itu menyebabkan penduduk panik dan berlari keluar ke jalan raya namun belum ada kerosakan yang dilaporkan akibat daripada gempa tersebut.

Tiga hari lalu, Maluku telah digoncang dengan gempa berkekuatan 7.1 skala Richter sehingga Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengeluarkan amaran tsunami berikutan gempa kuat itu.

Ketua Seksyen Data dan Informasi BMKG Ambon, Andi Azhar Rusdin berkata gempa yang terjadi di dua lokasi berbeza itu membuatkan pakar- pakar seismologi memerlukan masa untuk menganalisis kedua gempa tersebut.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra