Siakap Keli
Gambar hiasan

Pernah Disapa Muka Sama Dengan Pasangan? Kajian Ini Rungkai Kenapa Muka Pasangan Boleh ‘Seiras’

Setiap daripada kita pastinya pernah disapa dengan sapaan “uish, samanya muka korang, confirm jodoh ni”.

Tidak kisahlah sama ada sedang bercinta mahupun sudah berkahwin, kita pastinya pernah tertanya-tanya tentang benarkah teori muka seiras ini boleh dipakai bukan?

Seorang pengguna Facebook yang juga seorang doktor iaitu Ahmad Rostam Md Zin ada berkongsikan tentang fakta yang pasti membuatkan tanda tanya anda itu terjawab. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

FAKTA MENARIK MENGAPA PASANGAN KELIHATAN SEIRAS

Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah berkahwin kelihatan seiras dan hampir serupa.

Kalau tak kenal, mungkin ada yang akan kata mereka kembar atau bersaudara sedangkan mereka sebenarnya tidak. Sains ada jawapan mengapa perkara ini terjadi dan jom sama-sama kita kongsi ilmu ini:

Gambar hiasan

1. Satu kajian berkaitan daya tarikan wajah seseorang yang dikeluarkan pada tahun 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu atau ayah kita sendiri.

Gambar: Dictio Community

2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal yang hampir sama (physical phenotype) dan strata sosial yang setara.

Gambar hiasan

3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.

Gambar hiasan

4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama dengan pasangan setelah semakin lama bersama jadi tak hairanlah jika seorang sakit, yang satu lagi juga bakal tak sihat.

Gambar hiasan

5. Pengalaman hidup bersama menyebabkan mereka melalui turun naik emosi, cabaran dan rintangan yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.

Gambar hiasan

6. Robert Zanjonc dalam kajiannnya menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh satu-satu pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.

Sweet, kan?
Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi.

Sumber: Ahmad Rostam Md Zin

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.