Siakap Keli
Gambar: Dr. Mahathir bin Mohamad

Tular Mesej Tun M Letak Jawatan, Pegawai Nafi, Sahkan Maklumat Palsu

Sejak keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kelmarin, tular mesej mengenai dakwaan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad yang akan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, menurut seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, mesej itu adalah palsu dan tidak benar.

Melihat kepada kandungan mesej berkenaan, agensi berita telah diarahkan untuk tidak memberikan akses kepada Tun M untuk membuat sebarang wawancara secara lansung. Dakwaan tersebut adalah supaya Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh itu tidak membuat sebarang berita seperti berita peletakan jawatan itu.

Dakwaan mesej berkenaan juga mengatakan bahawa akan diadakan satu referendum yang akan dibincangkan di mesyuarat Majlis Harapan tanpa kehadiran Tun M.

Tun M sudah terbang ke luar negara sejam yang lalu dan berita ini disahkan sekarang. Esok, satu referendum akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Harapan tanpa kehadiran Tun M.

Walau bagaimanapun, mesej itu dinafikan kebenarannya apabila pegawai tersebut memaklumkan bahawa Tun M menghadiri mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 di Jabatan Perdana Menteri pagi ini.

Sumber: Sinar Harian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra