Siakap Keli
Kredit: Update & Info

(Video) Viral Dua Budak Tercampak Dari Kereta Akibat Kemalangan, Netizen Ingatkan Kepentingan Pakai “Seatbelt” Penumpang Belakang

Malang tak berbau. Kadangkala kita sudah berhati-hati di jalan raya, namun kenderaan lain pula terbabas memasuki lorong kita dan menghentam kenderaan yang kita pandu.

Situasi ini pastinya berbahaya serta boleh menyebabkan kecelakaan. Terbaru, tular sebuah video detik cemas dua orang penumpang kanak-kanak dilihat tercampak keluar dari kenderaan dinaiki mereka setelah kereta tersebut dihentam oleh kenderaan lain yang dipercayai hilang kawalan.

Kejadian berlaku pada tengah hari 15 November lalu di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Alor Setar.

Dalam video berdurasi 36 saat yang dikongsikan oleh laman Update & Info, sebuah kereta berwarna merah yang berada di lorong kanan lebuhraya telah terbabas.

Kenderaan itu kemudiannya telah memasuki lorong sebelah dan melanggar sebuah lagi kenderaan dipercayai berwarna hitam di lorong tersebut, menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan memusing sebelum menghentam penghadang di kiri jalan.

Impak perlanggaran itu, dua orang penumpang belakang kenderaan berkenaan tercampak keluar didakwa dari pintu belakang kenderaan itu ke tepi jalan. Tonton detik tersebut di bawah.

Ekoran itu, netizen memberi reaksi masing-masing di laman berkenaan.

Nasib nyawa budak-budak tak melayang

Pandu perlahan pun penumpang belakang tercampak keluar macam tu je

Anak tercampak ke depan, muka cedera teruk

Hati-hati di jalan raya. Beringatlah sebelum terlambat.

Sumber: Opa Pakar, Update & Info

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.