Siakap Keli

Bangga, Penyokong Berdiri Dekat Kedai Ketika Lagu Negaraku Dimainkan Sebelum Perlawanan

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung sebentar tadi nampaknya memberikan aksi yang menarik apabila kedua-dua pasukan bersaing sengit di dalam padang. Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut berpihak kepada Malaysia apabila dua gol menarik dijaringkan oleh Safawi Rasid.

Terdahulu, sebelum permainan ini dimulakan oleh pengadil perlawanan, nyanyian lagu kebangsaan bagi kedua-dua buah pasukan berkumandang di dalam stadium. Namun, apa yang menarik ialah bergema satu stadium ketika nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan oleh semua pemain dan penyokong Malaysia.

Pun begitu, lebih menarik perhatian ialah tindakan penyokong-penyokong Malaysia yang tidak hadir ke stadium turut menzahirkan rasa hormat terhadap lagu kebangsaan, Negaraku. Ianya dapat dilihat menerusi beberapa perkongsian video yang dimuat naik di dalam media sosial.

“Tak kira mana-mana pun, sentiasa berdiri ketika lagu kebangsaan”

Semangat yang dipamerkan oleh penyokong Malaysia yang memberikan sokongan dari luar stadium sememangnya patut diberikan pujian. Tambahan lagi, tindakan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan juga merupakan sifat yang perlu ada di dalam setiap rakyat Malaysia.

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra