Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kredit Foto: prestigewa, healthista)

Ini Rupanya Risiko & Bahaya Jika Letak Makanan Panas Guna Bekas Plastik Tak Selamat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian kita tidak dapat dielak lagi. Hampir setiap barang yang kita guna pastinya mempunyai kandungan plastik. Namun, tahukah anda penggunaan barangan plastik boleh membawa penyakit? Penggunaan barangan plastik sememangnya tidak dapat dielakkan namun boleh dikurangkan penggunaannya dalam kehidupan harian kita.

Menurut satu perkongsian di laman facebook Hafiz Sulaiman mengenai penggunaan plastik yang boleh membahayakan kesihatan pengguna dan tips bagaimana untuk mengurangkan penggunaannya.

AMALAN PLASTIK YANG BAWA PENYAKIT

Saya terbaca beberapa hari lepas mengenai kenyataan KKM mengulas laporan bahan toksik dalam plastik.

Didapati tiada bahan toksik pthalates dalam 130 jenis sampel bekas plastik makanan yang diuji sejak 2017 hingga sekarang. Alhamdulillah.

Tapi jangan leka ya.

Bukan bahan toksik pthalates saja yang ada dalam plastik ya. BPA dan dioxin merupakan antara bahan toksik sangat biasa didapati dalam bekas plastik.

Siapa sangka bahan toksik sebegini secara perlahan meresap masuk dalam badan kita. Ini ganggu kestabilan hormon badan kita.

Masa kita beli air panas dalam bekas plastik. Masa panaskan makanan dalam microwave. Kita terfikir tak bahaya plastik ni?

Siapa sangka, amalan ini mungkin punca susah dapat anak? Berat badan susah turun?

Kredit Foto: bulletproof

Penyakit kencing manis, sakit jantung dan kanser?

Benar. Kesan bahan toksin persekitaran sumber plastik ini sikit sebanyak. Pelan-pelan rosakkan badan. Ganggu kestabilan hormon badan kita.

Badan jadi radang, streskan DNA, organ buah pinggang dan hati rosak. Alahan macam resdung, ekzema menjadi-jadi. Susah nak pulih.

Berapa ramai wanita luar sana ada masalah cramping period yang teruk. Ia tidak normal.

Walaupun biasa kita perhatikan sekarang.

Berapa ramai ada masalah keradangan dan ketumbuhan rahim, endometriosis, adenomyosis, cyst, polyp dan kanser? Ramai sangat. Muda-muda dah ada.

Jom buat perubahan sikit tapi sangat bermakna insha Allah. Saya nak share 10 tips saya biasa amalkan.

1) Minimakan pembelian makanan bungkus dalam plastik kedai. Terutamanya pi kedai makan. Bawak siap-siap bekas plastik kita yang soheh selamat. Pilih plastik ikut resin number selamat.

2) Jika tak bawak bekas plastik sendiri, jangan terus minta bungkus. Cakap je nak dine in. Tunggu makanan sejuk. Baru minta bungkus. Makanan panas yang kena bungkusan plastik tu yang bahaya sangat.

3) Kedai mamak senang nak skodeng tempat dia buat air. Jika dia guna jug plastik letak air panas. Sorry lah. Minum jus buah je la kat kedai tu. Ais kosong pun saya tak berani.

4) Jangan lah minum air panas dalam straw. Jarang orang buat tapi kedai selalu memang letak air panas dan straw. Baru topup ais kan? Air manis tapau dalam plastik terutamanya.

6) Saya elak panaskan microwave apa saja bekas plastik tak kira jenis selamat atau tidak.

Kredit Foto: foodnetwork

7) Botol air mineral atau bekas air plastik jangan amalkan tinggal dalam kereta ya.

Kredit Foto: mentalfloss

8) Masak jangan guna sudip plastik. Jangan sekali-kali. Senduk kayu paling selamat insha Allah.

Kredit Foto: amazon

9) Penapis air panas pilih yang stainless steel. Jangan pilih plastik pulak ya.

10) Pemanas air elektrik MAJORITI di pasaran memang mengecewakan. Plastik! Saya memang pilih kaca atau stainless steel saja dalamnya.

Ambil perhatian ya. Banyak jenis pemanas air elektrik stainless steel tapi penutupnya plastik! Abaikan saja tak berbaloi.

Perkakas memasak, bekas makanan ini kita pakai lama.

Amalan simpan makanan panas dalam plastik ni kita ulang-ulang kali buat hari-hari. Sikit saja kita ejas cakna lebih sikit je bila nampak plastik.

Nak elak terus memang tak boleh. Insha Allah sangat signifikan impaknya cegah penyakit.

Jadi jangan hairan jika sakit kronik tak pulih-pulih. Jika diuji kanser nauzubillah tak perlu tengok salasilah keluarga kita untuk cari punca.

Tengok keliling kita saja..Waspada hubungan kimia kita dengan plastik. Takpe lah sikit leceh usaha. Supaya tak sakit dan hidup lebih sejahtera.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Sumber: Hafiz Sulaiman

Siti Natrah Jusof