Siakap Keli
Kredit Foto: dailymail

(Video)Mengejutkan, Paru-Paru Lelaki Ini Bertukar Hitam Pekat Dipercayai Kerana Amalan Merokok Berpuluh Tahun

Satu klip video yang menunjukkan paru-paru seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai merupakan perokok tegar selama 30 tahun tersebar baru-baru ini.

Paru-paru sihat yang bewarna menjadi merah jambu kini bertukar menjadi warna hitam pekat seperti arang  akibat tersumbat dengan sisa tembakau akibat daripada amalan merokoknya itu.

Paru-paru lelaki berkenaan yang meninggal akibat daripada merokok (Kredit Foto: dailymail)

Lelaki ini telah mendaftar sebagai penderma organ-organnya selepas kematian.

Dia yang telah meninggal dunia akibat mati otak dan paru-parunya akan didermakan sejurus selepas kematiannya.

Bagaimanapun doktor dari Hospital Rakyat Wuxi di Jiangsu, China telah mengeluarkan paru-paru milik lelaki berkenaan dan mendapati dia mempunyai masalah paru-paru yang tidak sihat.

Kredit Foto: dailymail

Pakar perubatan di sana memutuskan untuk tidak memberikan paru-paru tersebut kepada mana-mana pesakit kerana masalah paru-paru yang dihadapinya ituakibat daripada amalan merokonya pada tiga dekad yang lalu.

Sumber: Dailymail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.