Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pura-Pura Hamil, Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya Nak Seludup Dadah

Pelbagai kes serta taktik licik penjenayah yang ingin menyeludup dadah merentasi sempadan dilaporkan oleh pihak polis sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Argentina dilaporkan berjaya menggagalkan taktik licik penjenayah wanita bersama suaminya yang ditahan bersama dengan kira-kira 4 kilo dadah jenis ganja berdekatan dengan sempadan di Chile.

Suspek bersama suaminya dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Mendoza menuju ke Santa Cruz dengan menaiki bas. Setibanya di satu pos pemeriksaan, pihak polis menahan bas tersebut bagi membuat pemeriksaan rutin seperti biasa.

Pihak polis kemudiannya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada pasangan tersebut selepas melihat 2 beg hitam yang berada di pangkuan mereka lalu bertindak memeriksa mereka berdua.

Selepas pemeriksaan ke atas pasangan tersebut dilakukan, pihak polis telah menjumpai dua bungkusan yang mengandungi dadah jenis ganja dalam beg tersebut dan terus menyuruh pasangan tersebut keluar daripada bas itu.

Semasa pemeriksaan kedua dilakukan, wanita tersebut memberitahu pada pihak polis bahawa dia sedang hamil. Tindakan wanita tersebut telah menimbulkan rasa syak wasangka pihak polis kepadanya.

Pemeriksaan yang dibuat ke atas wanita tersebut selepas itu menemukan satu objek besar yang dilekatkan di perutnya.

Gambar: Daily Mail

Pihak polis telah melaporkan bahawa kira-kira 15 bungkusan dadah jenis kokain telah dijumpai di perut wanita yang mengaku hamil pada awalnya itu.

Kedua-dua suspek dilaporkan telah ditahan dan sedang menunggu untuk dibicarakan.

Gambar: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.